make uP

MaKe Up.. i LiKe iT..
(>_<) AMAZING & fabuLoUs coLoURS (>_<)

saya sangat suka make up...
ni saya nak kongsi ngan semUa yg make up nutrimetics yg paling best saya pernah guna 
berbanding ngan make up yang lain
 ( bukan promote tapi realiti)

hot items




BB CREME.. 
BLEMISH BALM CREME
8 fungsi dalam satu tiub

Moisturising/ Melembabkan
Dengan algae extract untuk mengimbangi kadar lembapan;
Squalene, soy bean, jojoba seed oil, macadamia oil membekalkan hidrasi yang berpanjangan dan kulit gebu sepanjang hari.

Sun protection/ Perlindungan matahari
SPF 42/PA+++ membantu melindungi kulit 
dari sinaran UVA & UVB dan pra penuaan kulit.

Brightening/ Pencerahan
Dengan arbutin untuk mencegah pembentukan melanin;
Membantu tona kulit kelihatan sekata untuk wajah yang lebih cerah.
Anti wrinkle/ Anti kedutan
Campuran cavier dan adenosine membantu membina semula colagen dan gentian elastin;
Mengurangkan penampilan kedutan dan menegangkan kulit kendur.

Anti inflammatory/ Anti keradangan
Chamomile extract dan rose hip oil membantu melindungi, memulih 
dan menenangkan kulit sensitif.
Foundation/ Bedak asas
Mengadun dengan sempurna pada apa jua warna kulit;
Penutup cela yang terbaik untuk wajah cerah berseri sepanjang hari.

Concealer/ Penutup cela
Membantu untuk memudarkan lingkaran gelap bawah mata
jerawat, parut jerawat, jeragat dan ketidaksempurnaan kulit.

Corrective base/ Asas pemulihan
Melicinkan tona kulit tidak sekata.

HARGA : RM44
postage (poslaJu) +RM6 = RM50

NORMAL PRICE : RM55
harga sangat berpatutan berbanding dengan bb creme yang ada dipasaran


white Compact 2way
made : MULBERRY rOOt + pearL
SAngat2 smooth,kulit gebu


harGA : RM70
POSTAGE (PoslaJu) +RM6 = RM76

terdapat dalam 2variasi colour
1. light 1250
2. medium 1251

berminat inbox saya
nnnbeauty@yahoo.com.my
or join us in facebook : Lycra Ir

SAJA NAK SHARE

Megan Fox looked radiant at the Teen Choice awards this week. She used soft pink tones for her lipstick and cheeks. It's ideal to protect your skin from the sun everyday and to help do this, try Nutrimetics Ultra Care+ SPF 18 Day Lotion. To create a similar make-up look to Megan's, try out Nutrimetics nc Radiant Glow Blush in Pinch me Pink, this will give your cheeks that rosey look effect. Then add nc Classic Fusion Full-Colour Lipstick in Pink Mist and finish off with nc Lash Impact 
Mascara.

pemilihan concealar
Concealer atau dikenali juga sebagai penyamar cela berfungsi untuk menutupi parut seperti jerawat, kulit tidak sekata dan sebagainya. Teksturnya seperti bedak asas tetapi agak pekat strukturnya.
Produk ini tersedia dalam bentuk krim seperti krim atau gel atau bentuk padat seperti lipstik atau pensel. Selain menutup bekas-bekas jerawat, kedutan, ia juga berfungsi untuk menyamarkan lingkaran hitam di bawah mata. Malah ia, dapat membuatkan wajah kelihatan mulus tanpa cela. Kebiasaannya terdapat tiga warna yang hampir sama dengan kulit seseorang.
Pemilihan warna concealer ini sememangnya cukup penting bagi memberi kesempurnaan solekan. Paling ideal adalah satu tingkat lebih cerah dari warna kulit wajah anda. Ini kerana, jika menggunakan concealer dengan tingkat warna yang terlalu cerah, ia akan menonjolkan bahagian yang bermasalah.
Kaedah paling tepat mengaplikasikan concealer adalah selepas anda memakai pelembab supaya ia meresap dengan sempurna  ke dalam kulit. Sapuan dengan menggunakan berus atau jari lebih praktikal. Ini memudahkan kita menekapkan pada kulit. Setelah menyerap dengan baik ke bahagian kulit wajah, barulah diratakan dengan sapuan bedak asas.
JENIS CONCEALER
Pensel atau Stik
Bentuk pensel mudah untuk diaplikasikan dan sesuai bagi mereka yang memiliki kulit jenis normal atau kombinasi. Malah ia juga efektif bagi menyamarkan bekas-bekas cela yang tidak terlalu besar atau ketara. Ia boleh diratakan dengan menggunakan jari dan bedak asas yang sesuai digunakan adalah jenis cecair supaya hasil sapuan nampak lebih halus.
Kebiasaannya, liang-liang roma bagi kulit berminyak lebih besar dan menyebabkan sapuan concealer menjadi tidak sekata. Justeru, bagi menyeimbangkan hal tersebut, apa kata anda cuba concealer jenis padat yang mana teksturnya lebih lembut selain menyamarkan bekas-bekas cela mahupun jerawat.
Palet
Sekiranya anda mempunyai masalah bekas jerawat kemerahan, bintik-bintik hitam, pilihan concealer jenis palet sesuai. Tiga warna cukup untuk membuatkan warnanya halus sekata. Misalnya, warna kuning untuk menutupi tanda-tanda merah dan jerawat, warna oren kemerahan untuk menutupi lingkaran hitam di bawah mata dan warna beige untuk mencerahkan noda yang gelap sekali.
Solid
Bagi anda yang mempunyai jadual cukup padat, pastinya memerlukan concealer jenis solid dan tahan lama. Pilihan tekstur yang kalis air, tekstur ringan dan sapuan akan lebih ringan dan nampak semula jadi. Malah, concealer jenis ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti luar.
Berformula
Bagi anda yang memiliki wajah berjerawat, pilih concealer yang mempunyai formulasi seperti Tea Tree Oil dan vitamin E. Bahan ini bukan sahaja membantu mengeringkat jerawat, malah  membantu menutupi rona merah disebabkan jerawat dan membuatkan kulit nampak mulus.
Krim
Concealer jenis krim amat sesuai untuk kulit kering. Ini kerana ia mudah diratakan selain dapat membantu menyamarkan lingkaran gelap di bawah mata. Setelah itu, susuli dengan sapuan bedak tabur dengan warna yang sama supaya lapisan concealer bertahan lebih lama dan kelihatan merata dan barulah anda menyapu bedak kompak.